Wednesday, December 11, 2019

HIKING MEMBERI KEPUASAN


HIKING MEMBERI KEPUASAN....

Pernahkah anda mendaki bukit Kokol? atau mungkin sebenarnya pernah, tetapi tidak terdaftar dalam ingatan. Sejak mula melibatkan diri dengan aktiviti hiking, nama Bukit Kokol sering berkumandang. Letaknya berhampiran dengan Bukit Karatong Lawa Mandau Telipok. 

Permulaan menaiki "Mama Hill"

Perjalanan bermula dari kampung Natai Telipok sebagai starting point dan akan berakhir di Bukit Kokol, dimana aktiviti paragliding biasanya dibuat di kawasan yang paling tinggi dan mempunyai pemandangan yang cantik ini.

Bagaimana hendak pergi ke tempat hiking ini? Ok, hikers akan drive dari Manggatal ke Kokol, letakkan kereta di kawasan berhampiran dengan Kokol Haven Resort, iaitu kawasan lapang di Lisa Cafe dimana terdapat motor ATV di tempat ini. Hikers seterusnya akan dibawa ke starting point dengan menggunakan kereta yang disediakan oleh pihak Natai Eco Tourism sehingga ke starting point, Kg. Natai telipok. (Kudugu)

Hiking bermula dari Kg. Natai sama ada menyusuri sungai Lintong atau hiking melalui kebun kepunyaan orang kampung. Tetapi kebanyakan hikers memilih untuk hiking menyusuri sungai Lintong dan seterusnya melalui air terjun Lintong. Di tempat ini, biasanya hikers akan berhenti berehat sambil menikmati kesegaran alam semula jadi flora dan fauna. 

Selepas berehat, hikers akan mula hiking mendaki "mama hill" dengan kecerunan anggaran 40% - 60%. Jarak perjalanan keseluruhan adalah 7.3km dan hiking akan berakhir di bukit Kokol. 

Puncak tertinggi Bukit Kokol dengan pemandangan yang cantik

Keadaan udara yang sejuk di kawasan Bukit Kokol akan mengurangkan penat lelah setelah hiking beberapa jam. Hikers akan dihidangkan dengan pemandangan yang luar biasa di kawasan bandar raya Kota Kinabalu. Sesungguhnya hiking ini memberi kepuasan yang tidak terhingga selepas melepasi beberapa cabaran.